Sunday, 2 September 2012

Hari Pertama Nur Ellyana Afiqah memasuki Gred 1 TAISM


Afiqah telah masuk Gred 1 bermula pada 1 September 2012. Cikgu Mrs. Rauk Kelly namanya. Afiqah pada mulanya malu-malu untuk berjumpa cikgu baru. Hari ini merupakan hari kedua dia bersekolah dan mula menyesuaikan diri. Dia suka dengan locker yang baru yang mempunyai cangkuk untuk menggantung beg dan bekas makanannya. Masa hari pendaftaran lalu, Afiqah ditemani oleh adik-adiknya iaitu Fathinah dan Arfa. Adik-adiknya sungguh teruja untuk memasuki sekolah. Harap dalam masa terdekat dapat mengumpul wang untuk menghantar Fathinah memasuki sekolah. Amin. Semoga berjaya anak-anak abah ini.

No comments: