Mari melukis rama-rama
Sunday, 23 September 2012
Wednesday, 12 September 2012
Sunday, 9 September 2012
Hari yang mencabar
| Boleh dikatakan hari ini banyak kenderaan dibawa secara merbahaya tanpa sebarang perasaan dan memikirkan orang lain. Nasib baik masih boleh bersabar dan tak terikut dengan rentak mereka. Anak yang sulung pun buat hal tak mahu pergi ke sekolah mungkin kerana tidak gemar kepada cikgu gred 1 yang baru. Apapun kena banyak bersabar. |
Friday, 7 September 2012
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Kediaman Rasmi Duta Besar
| Majlis kali kedua diadakan pada 6 September 2012 bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar. Kehadiran seramai 350 orang rakyat Malaysia berbilang kaum telah menyerikan dan memeriahkan lagi majlis ini. |
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012
| Hari Raya Pertama 19 Ogos 2012 di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Muscat meriah dengan kehadiran kira-kira 70 orang rakyat Malaysia yang bekerja di sini. |
Sunday, 2 September 2012
Hari Pertama Nur Ellyana Afiqah memasuki Gred 1 TAISM
|
Afiqah telah masuk Gred 1 bermula pada 1 September 2012. Cikgu Mrs. Rauk Kelly namanya. Afiqah pada mulanya malu-malu untuk berjumpa cikgu baru. Hari ini merupakan hari kedua dia bersekolah dan mula menyesuaikan diri. Dia suka dengan locker yang baru yang mempunyai cangkuk untuk menggantung beg dan bekas makanannya. Masa hari pendaftaran lalu, Afiqah ditemani oleh adik-adiknya iaitu Fathinah dan Arfa. Adik-adiknya sungguh teruja untuk memasuki sekolah. Harap dalam masa terdekat dapat mengumpul wang untuk menghantar Fathinah memasuki sekolah. Amin. Semoga berjaya anak-anak abah ini.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)




