Sunday, 9 September 2012

Hari yang mencabar

Boleh dikatakan hari ini banyak kenderaan dibawa secara merbahaya tanpa sebarang perasaan dan memikirkan orang lain. Nasib baik masih boleh bersabar dan tak terikut dengan rentak mereka. Anak yang sulung pun buat hal tak mahu pergi ke sekolah mungkin kerana tidak gemar kepada cikgu gred 1 yang baru. Apapun kena banyak bersabar.

Friday, 7 September 2012

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Kediaman Rasmi Duta Besar

Majlis kali kedua diadakan pada 6 September 2012 bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar. Kehadiran seramai 350 orang rakyat Malaysia berbilang kaum telah menyerikan dan memeriahkan lagi majlis ini.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Pertama 19 Ogos 2012 di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Muscat meriah dengan kehadiran kira-kira 70 orang rakyat Malaysia yang bekerja di sini.

Sunday, 2 September 2012



Kenangan bersama-sama keluarga Encik Faisal. Makan tengahari di Puerto Madero, Buenos Aires, Argentina
Melawat pameran barangan untuk bayi dan kanak-kanak di Palermo, Buenos Aires, Argentina.
Riang ria sementara tunggu papa habis kerja

Hari Pertama Nur Ellyana Afiqah memasuki Gred 1 TAISM


Afiqah telah masuk Gred 1 bermula pada 1 September 2012. Cikgu Mrs. Rauk Kelly namanya. Afiqah pada mulanya malu-malu untuk berjumpa cikgu baru. Hari ini merupakan hari kedua dia bersekolah dan mula menyesuaikan diri. Dia suka dengan locker yang baru yang mempunyai cangkuk untuk menggantung beg dan bekas makanannya. Masa hari pendaftaran lalu, Afiqah ditemani oleh adik-adiknya iaitu Fathinah dan Arfa. Adik-adiknya sungguh teruja untuk memasuki sekolah. Harap dalam masa terdekat dapat mengumpul wang untuk menghantar Fathinah memasuki sekolah. Amin. Semoga berjaya anak-anak abah ini.

Sunday, 26 August 2012

Warna-Warna Kehidupan

Hi shahrilrahmat.jariah@blogger.com (shahrilrahmat.jariah@blogger.com) ,

MOHD SHAHRIL RAHMAT wants to share a Postcard of photos and videos with you.
View this Postcard »
View this Postcard »
 
MOHD SHAHRIL RAHMAT uses PlayMemories Online
    Learn More    
About PlayMemories Online | Privacy Policy | Terms of Service | Support Report Abuse
Tempat bertugas yang baru - Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman

Sudah lama tak update blog ini sampai password pun dah lupa.. ini gambar tahun 2011 semasa di Muscat, Oman. Telah bertukar tempat kerja dari Buenos Aires Argentina